Tuesday 6 November 2012

Kek Red Velvet Yang Mengancam

Ohhhh memang sangat teruja tetapi berbahaya bagi yang tengah berdiet. Kerana kita tak mampu menahan dari terus menghabiskan setiap potongan kek ini. Bagi peminat kek red velvet Cafe di Hotel Grand Season menawarkan diskaun 30% bagi pembelian Take Away. Bayangkan sebiji harga kek RM75 tetapi kita hanya membayar sebanyak RM52.50. Memang berbaloi. Rata-rata harga kek red velvet di jual secara online melebihi RM70

 

Musim Tengkujuh Sudah Tiba

Salam semua....

Sekarang ni tiap-tiap hari hujan..tak kira masa. Almaklum musim tengkujuh tiba lebih cepat dari tahun sebelumnya. Setiap hari kita mendengar dan melihat berita banjir di kaca TV. Itu di negeri lain...yang tidak nampak depan mata. Baru-baru ini di Jalan Reko berhampiran Shell Seksyen 5 telah dilanda banjir kilat. Sekarang bila hujan lebat dua tiga jam pun air dah naik dan terjadila banjir kilat.

Tahun lepas pun hujan lebat sampaikan bandar Kajang banjir teruk tetapi Jalan Reko tidak pula dilanda banjir. Bila diperhati rupa-rupanya pembangunan di kawasan berhampiran -Kajang 2 antara faktor yang menyumbang kepada masalah banjir ini. Selain itu sikap pihak yang tidak ada kesedaran diri dengan membuang sampah di kawasan bahu jalan mengakibatkan longkang tersumbat.

Ohh agak malang kali ini sebuah kereta mercs tersangkut ditengah-tengah arus selain 2 buah kereta waja.